DENDA KERANA TIDAK MEMBUAT PENGESAHAN
TEMPAT TINGGAL DAN LEWAT MENDAFTAR
Pelajar – pelajar yang telah ditawarkan tempat
tinggal tetapi tidak membuat pengesahan tempat tinggal yang ditetapkan jika
merayu untuk untuk ditempatkan semula di Kolej akan dikenakan denda sebanyak
RM25.00 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan. Bagi pelajar –
pelajar yang telah mengesahkan tempat tinggal tetapi tidak mendaftar dalam
waktu yang ditetapkan tanpa sebab – sebab yang boleh diterima oelh pihak kolej
dikenakan denda sebanyak RM15.00.
KADAR DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI –
PENGHUNI YANG MELANGGAR PERATURAN – PERATURAN KOLEJ
BIL
|
PERKARA
|
DENDA(RM)
|
1
|
Hilang kunci tiap – tiap satu set.
|
10.00
|
2
|
Tukar bilik tanpa kebenaran.
|
30.00
|
3
|
Tukar kolej tanpa kebenaran.
|
50.00
|
4
|
Membenarkan setinggan di dalam bilik
(bagi setinggan dan penghuni tiap – tiap seorang).
|
70.00
|
5
|
Memasak di bilik (alat dirampas).
|
20.00
|
6
|
Mengotorkan bilik /ruang luar/dalam blok.
|
50.00
|
7
|
Memiliki dapur minyak /hot plate/heater coil (alat dirampas).
|
50.00
|
8
|
Memaku / menampal poster – poster ditempat yang tidak dibenarkan (tiap
– tiap satu).
|
10.00
|
9
|
Memiliki alat sambungan elektrik (alat dirampas).
|
20.00
|
10
|
Memiliki periuk elektrik (rice cooker)(alat dirampas).
|
20.00
|
11
|
Lampu atau kipas terpasang semasa penghuni tiada di bilik.
|
20.00
|
12
|
Tinggal kunci diluar pintu.
|
10.00
|
13
|
Jemur atau menyidai pakaian selain daripada tempat ampaian yang
disediakan (tiap – tiap satu).
|
2.00
|
14
|
Meletak kenderaan di dalam bilik atau di ruang dalam blok
Pangsasiswa/Asrama/Pangsarama.
|
70.00
|
15
|
Meletak kenderaan di tempat yang dilarang atau secara menghalang.
|
10.00
|
16
|
Membawa /mengambil /mengalih alat – alat kemudahan/perabot yang
disediakan untuk umum ke dalam bilik(tiap – tiap satu).
|
50.00
|
17
|
Pinjaman kunci untuk selama 15 minit (tiap – tiap satu set).
|
1.00
|
18
|
Membuat salinan kunci tanpa kebenaran (tiap – tiap satu set).
|
20.00
|
19
|
Memakai pakaian yang tidak sopan di luar bilik kediaman.
|
10.00
|
20
|
Menyalahgunakan alat pencegah kebakaran
|
70.00
|
21
|
Memecah/membuang cermin tingkap / pintu tanpa dilaporkan(tiap – tiap satu)
|
15.00 – 25.00
|
22
|
Meletak kasut / selipar di luar bilik (tiap – tiap satu set).
|
2.00
|
23
|
Mengotorkan ruang rehat dan persekitaran Pangsasiswa/Pangsarama
|
50.00
|
24
|
Penggunaan alat – alat elektrik tanpa kebenaran Pengetua (tiap – tiap satu)
|
10.00
|
25
|
Tidak memakai kad Kolej apabila berurusan dengan Pentadbiran Kolej.
|
5.00
|
26
|
Salahguna kad Kolej
|
10.00
|
27
|
Membuang sisa makanan tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik.
|
10.00
|
28
|
Memasang selak pintu atau mangga.
|
10.00
|
29
|
Membela binatang.
|
10.00
|
30
|
Membawa tetamu ke dalam blok kediaman (berlainan jantina).
|
10.00
|
31
|
Berdua – duaan di antara lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi.
|
70.00
|
32
|
Tidak memasang sarung bantal dan cadar.
|
3.00
|
33
|
Menyimpan/mempamer bahan lucah di dalam bilik atau mengedarnya.
|
50.00
|
34
|
Membakar/mengasap colok /kemenyan/ bau – bauan yang boleh mengganggu
ketenteraman penghuni lain.
|
50.00
|
35
|
Membuang sampah tidak di tempat yang disediakan.
|
30.00
|
36
|
Memiliki /menyimpan senjata/bahan merbahaya (bahan dirampas)
|
100.00
|
37
|
Lain – lain kesalahan atas budibicara Pengetua Kolej
|
-
|
Jika seorang pelajar mengumpul denda sebanyak
RM100.00 dalam tempoh satu sesi, beliau secara automatik boleh dikeluarkan dari
Kolej dan tidak layak untuk memohon tinggal di Kolej pada sesi berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan