Peraturan Kolej Kediaman

1. Pendahuluan
Peraturan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan, ketenteraman, keselesaan dan ketenangan hidup semua penghuni kolej dan berkuatkuasa di seluruh dan sekitar kawasan kolej. Tiap - tiap kelakuan atau perbuatan yang melanggar atau disifatkan melanggar mana - mana bahagian dari peraturan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib, sepertimana terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975.

2. Ketenteraman dan Keselamatan
Keselamatan dan ketenteraman penghuni adalah penting untuk membolehkan semua penghuni dapat hidup dengan selesa dan boleh belajar dengan tenang dan tenteram.

Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjaga, memelihara dan mengekalkan ketenteraman, keselesaan dan keselamatan semua penghuni dan mengawalnya dari diganggu atau diancam oleh mana - mana anasir dari dalam atau dari luar Penginapan Pelajar.

Maka dengan ini, adalah menjadi larangan dan kesalahan bagi mana - mana penghuni, secara individu atau kumpulan yang dengan perbuatannya mengancam atau mengganggu atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam atau mengganggu dengan sengaja atau tidak sengaja, ketenteraman, kesiksaan dan keselamatan setiap penghuni Penginapan Pelajar.

Dengan apa cara sekalipun, adalah menjadi kesalahan bagi seseorang penghuni atau kumpulan penghuni melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya atau bersubahat dengan sebarang anasir dari dalam atau dari dalam atau dari luar Penginapan Pelajar untuk mendatangkan mudarat atau bahaya atau bersubahat dengan sebarang anasir dari dalam atau dari luar Penginapan Pelajar untuk mendatangkan mudarat atau bahaya kepada seseorang penghuni atau yang dianggap sebagai mengancam keselamatan penghuni sama ada perbuatan ini dilakukan dalam bangunan atau sekitar kawasan Penginapan Pelajar. 

3. Permohonan menjadi penghuni
Mana - mana pelajar yang ingin menjadi penghuni Penginapan Pelajar boleh memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di Pejabat Penginapan Pelajar.

4. Pemilihan permohonan 
Pemilihan permohonan untuk menjadi penghuni Penginapan Pelajar adalah ditentukan oleh Pejabat Penginapan Pelajar.

5. Penghuni tanpa izin
Mana - mana pelajar/ penghuni yang menghuni atau menduduki bilik tanpa izin atau mana - mana pelajar/penghuni yang masih menetap di Penginapan Pelajar pada hal pelajar berkenaan tidak lagi bertaraf sebagai penghuni rasmi Penginapan Pelajar boleh diambil tindakan tatatertib oleh Pejabat Penginapan Pelajar.

6. Mengosongkan bilik
Semua penghuni adalah diminta mengosongkan bilik masing - masing di Penginapan Pelajar paling lewat pada hari terakhir setiap semester.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan