Soalan Kerap Ditanya (FAQ)

AM

SOALAN : Bilakah Kolej Ibrahim Yaakub ditubuhkan?
JAWAPAN : Kolej Ibrahim Yaakub ditubuhkan 1980 dan mula dibuka pada tahun 1982.

SOALAN : Siapakah yang bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran kolej kediaman dan bagaimana untuk menghubungi mereka?

JAWAPAN : Kolej Ibrahim Yaakub mempunyai Bahagian Pengurusan diketuai oleh Pengetua dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang diketuai oleh oleh Ketua Eksekutif (KE). Klik di sini untuk melihat carta organisasi.

SOALAN : Apakah peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa ke dalam tempat penginapan?

JAWAPAN : Peralatan yang dibenarkan adalah telefon bimbit dan pengecaj, komputer riba dan pengecaj seorang satu unit, seterika , cerek elektrik 1.5 liter , dan printer.

Tidak dibenarkan membawa alatan memasak dan mesin basuh. Peti sejuk hanya dibenarkan kepada pelajar yang menggunakan insulin dan mendapat pengesahan doktor dan kebenaran Pengetua Kolej. Selain peralatan yang disebutkan, perlu memohon kelulusan dari pejabat kolej. Sebarang pindaan berkaitan peralatan adalah tertakluk dari semasa ke semasa.


SOALAN : Adakah terdapat perkhidmatan wifi di kolej?

JAWAPAN : Ada, tetapi tahap capaian mengikut lokasi dan berapa ramai pengguna wifi pada masa tersebut. Perkhidmatan ini akan terus melaui peningkatan dari semasa ke semasa.

SOALAN : Berapakah yuran kolej yang dikenakan kepada pelajar?

JAWAPAN : Sila semak di pautan ini.


KESELAMATAN DAN KECEMASAN


SOALAN : Sekiranya menghadapi masalah kecemasan di kolej kediaman selepas waktu pejabat, siapakah yang boleh dihubungi?
JAWAPAN : Warga kolej boleh menghubungi Felo bertugas atau MEP Kebajikan Kolej Ibrahim Yaakub.

SOALAN : Apakah prosedur untuk menghubungi Felo bertugas?
JAWAPAN : Sila hantarkan butiran nama, no matrik, no bilik dan tujuan atau masalah melaui SMS ke nombor telefon felo bertugas.

SOALAN : Saya tertinggal kunci bilik di dalam bilik. Siapa yang harus dihubungi?
JAWAPAN : Peminjaman kunci pendua boleh dibuat melaui Kaunter Perkhidmatan Kolej pada waktu pejabat. Peminjaman kunci pendua selian daripada waktu pejabat adalah melalui felo bertugas jam 9.00 malam hingga 9.30 malam, Isnin hingga Jumaat manakala hari Sabtu , Ahad dan cuti umum adalah mengikut budi bicara felo bertugas. Sila ambil maklum, peminjman kunci pendua adalah BUKAN termasuk kes kecemasan. Peminjaman kunci pendua lebih dari tiga kali boleh menyebabkan anda didenda.

SOALAN : Sekiranya Felo dan MEP gagal dihubungi, siapakah yang boleh dihubungi dengan segera?
JAWAPAN : Warga kolej boleh menghubungi Bahagian Keselamatan UKM di talian ....

PENDAFTARAN MASUK KOLEJ BAGI PELAJAR BAHARU

*Semester 1  2015/2016

SOALAN : Bilakah pendaftaran kolej bagi pelajar baharu ambilan 2015/2016?
JAWAPAN : Pelajar baharu ambilan 2015/2016 akan mula mendaftar di kolej kediaman bermula 1 September dan 2 Septemer 2015.

SOALAN : Adakah saya boleh memilih rakan untuk tinggal di dalam bilik yang sama?
JAWAPAN : Memandangkan senarai penghuni dijana secara rawak oleh pihak pengurusan, tidak boleh memilih rakan untuk  tinggal di dalam bilik atau rumah yang sama.

SOALAN : Saya mendaftar di Kolej Ibrahim Yaakub pada 1 September / 2 September, bolehkah saya keluar untuk membeli barangan di luar UKM?
JAWAPAN : Anda boleh keluar dari UKM, tetapi wajib pulang ke kolej semula sebelum 2 petang, 2 September 2015 kerana Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) akan bermula.


PENDAFTARAN MASUK KOLEJ BAGI PELAJAR SEMASA

*Semester 2  2014/2015

SOALAN : Bilakah pelajar semasa Kolej Ibrahim Yaakub boleh mendaftar di kolej kediaman?
JAWAPAN : Pendaftaran kolej kediaman adalah bermula pada 21 Februari 2014.

SOALAN : Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk kolej kediaman?
JAWAPAN : Pelajar perlu datang ke Kaunter Perkhidmatan Kolej pada waktu pejabat, mengikut kod pemakaian yang bersesuaian, mempamerkan kad matrik, dan tandatangan pada Buku Daftar Masuk selepas menerima kunci bilik.

SOALAN : Saya tidak sempat untuk mendaftar masuk kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Adakah saya dibenarkan untuk mewakilkan rakan saya untuk mengambil kunci?
JAWAPAN : Tidak boleh mewakilkan rakan untuk mengambil kunci.


SOALAN : Adakah Kaunter Perkhidmatan Kolej dibuka pada hujung minggu untuk pendaftaran ?
JAWAPAN : Kaunter Prekhidmatan Kolej Ibrahim Yaakub dibuka pada 21 Februari ( Sabtu) dan 22 Februari 2015 (Ahad) bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang bagi urusan pendaftaran. Selain daripada tarikh ini, pendaftaran adalah pada hari pejabat sahaja.

SOALAN : Bilakah caj penginapan akan dikenakan kepada penghuni kolej?
JAWAPAN : Caj penginapan akan dikira bermula 21 Februari, selaras mengikut sistem pendaftaran kolej secara atas talian.


SOALAN : Adakah saya boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama?
JAWAPAN : Memandangkan senarai penghuni dijana secara rawak oleh pihak pengurusan, tidak boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama.

SOALAN : Disebabkan masalah teknikal, saya terpaksa pulang ke UKM lebih awal. Bolehkah saya mendaftar masuk lebih awal?
JAWAPAN : Tidak boleh mendaftar masuk lebih awal disebabkan penyelenggaraan bengunan masih dijalankan sehingga 22 Februari. Pelajar hanya dibenarkan mandaftar bermula pada 21 Februari, jam 8 pagi. 

SOALAN : Apakah yang menghalang pelajar daripada mendaftar masuk ke kolej kediaman?
JAWAPAN : Pelajar boleh dihalang daripada mendaftar masuk sekiranya tidak mempamerkan kad matrik, berpakaian tidak sopan seperti berseeluar pendek serta tidak menjelaskan denda kolej kediaman seperti tidak memulangkan kunci bilik pada semester sebelumnya.


LAIN - LAIN

SOALAN : Bagaimana untuk menghubungi Pejabat Kolej?
JAWAPAN : Pelajar boleh menghubungi Pejabat Kolej di talian 

SOALAN : Bagaimana untuk menghubungi pihak pengurusan dan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub melaui media sosial?
JAWAPAN : Pelajar boleh melayari facebook Kolej Ibrahim Yaakub atau emel ke kiyukm2014@gmail.com.




Dikemaskini pada 15 Februari 2015
 





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan