Sabtu, 28 Februari 2015

Jom Hijaukan KIY

Pengetua KIY yang sangat berdedikasi.

Tanggal 28 Februari 2015, pada hujung februari hari ini, satu program yang julung kali diadakan di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) iaitu Program Replant and Regrowth yang telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kelestarian kerjasama Kelab Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub. Program dianjur khas oleh ahli - ahli Sekretariat Kelestarian ini adalah bertujuan mencantikkan dan menghijaukan Kolej tercinta Kolej Ibrahim Yaakub seterusnya mengeratkan hubungan antara warga Kolej Ibrahim Yaakub.

Jumaat, 13 Februari 2015

Belia Tolak Valentine


Kenapa Valentine?


i. Santo Valentine adalah nama seorang paderi yang dianggap pelindung orang bercinta. Dia dihukum mati kerana melanggar perintah yang dibuat oleh Maharaja Claudius II Gothicus. Maharaja Claudius melarang pemuda-pemuda bujang dari berkahwin. Dia menganggap tentera yang masih bujang jauh lebih berprestasi berbanding yang sudah berkahwin. Perkara ini ditentang oleh Valentino dan tanpa pengetahuan Maharaja Clausdius, beliau telah mengahwinkan pasangan pemuda-pemudi. Valentino telah dihukum pancung di Rome pada 14 Februari 270

Tahniah & Syabas !

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mahasiswa/i Kolej Ibrahim Yaakub khasnya dan UKM amnya yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan semester 1 sesi 2014/2015. Semoga dapat tingkatkan dan kekalkan kejayaan yang diperoleh hingga bergraduasi dan telah bekerjaya kelak. Bagi yang kurang cemerlang tidak bermakna anda gagal tetapi teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. "No pain no gain".