Sabtu, 28 Februari 2015

Jom Hijaukan KIY

Pengetua KIY yang sangat berdedikasi.

Tanggal 28 Februari 2015, pada hujung februari hari ini, satu program yang julung kali diadakan di Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) iaitu Program Replant and Regrowth yang telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kelestarian kerjasama Kelab Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub. Program dianjur khas oleh ahli - ahli Sekretariat Kelestarian ini adalah bertujuan mencantikkan dan menghijaukan Kolej tercinta Kolej Ibrahim Yaakub seterusnya mengeratkan hubungan antara warga Kolej Ibrahim Yaakub.


 
Acara perasmian oleh Pengetua
Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Ruslin bin Amir selaku Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub. Turut hadir Dr. Azul, Timbalan Pengetua, dan Cik Pushpawani selaku Felo Penasihat Program. 
Program ini bermula pada jam 9.15 pagi di cafĂ© KIY untuk acara perasmian oleh Pengetua seterusnya aktiviti menanam pokok di sekitar bukit KIY. Program selama 2 hari ini iaitu pada 28 Februari dan 1 Mac, dihadiri lebih 20 mahasiswa/i KIY yang bersemangat , yang terdiri daripada warga KIY sendiri.
 
Ucapan Pengarah Program
Saudari Puteri, selaku pengarah program berharap, dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menceriakan suasana kolej dan pokok - pokok yang ditanam dapat dijaga dengan rapi oleh kita semua warga kolej.
 
           Program keseluruhannya berjalan dengan baik, mengikat ukhuwwah antara warga KIY serta memupuk semangat cintakan alam sekitar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang bersama melaksana dan menjayakan program ini.
 
Salam Highlanders.
 
Kak Pushpa, selaku penasihat program turut bersama menanam pokok
 
 Puteri selaku pengarah program, beramah mesra dengan ahli sekretariat.
Umar Al Faruq.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan