Jumaat, 13 Februari 2015

Belia Tolak Valentine


Kenapa Valentine?


i. Santo Valentine adalah nama seorang paderi yang dianggap pelindung orang bercinta. Dia dihukum mati kerana melanggar perintah yang dibuat oleh Maharaja Claudius II Gothicus. Maharaja Claudius melarang pemuda-pemuda bujang dari berkahwin. Dia menganggap tentera yang masih bujang jauh lebih berprestasi berbanding yang sudah berkahwin. Perkara ini ditentang oleh Valentino dan tanpa pengetahuan Maharaja Clausdius, beliau telah mengahwinkan pasangan pemuda-pemudi. Valentino telah dihukum pancung di Rome pada 14 Februari 270
M (ada sumber kata 269 M) dan dikebumikan di tepi jalan Flaminia. Pada tahun 496 M,  pihak Vatican yang diketuai oleh Paus Glasisus I telah menjadikan kisah ini sebagai satu perayaan dengan nama St.Valentine's Day sebagai menghormati Santo Valentino yang dirayakan pada setiap 14 Februari. Hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari selalu dikait dengan kasih sayang. 

Benarkah hari Valentine itu hari untuk menebar kasih sayang?. 

Bila diteliti lebih lanjut Valentine's Day adalah sebuah acara keagamaan Romawi yang menyembah Dewa Lupercus (dewa kesuburan, padang rumput dan haiwan ternakan). Juga dihubungkan dengan penyembahan Dewa faunus sebagai dewa alam semesta dan pemberi wahyu dan diadakannya di bukit Falatine. Upacara dimulai dengan mengorbankan beberapa ekor kambing dan seekor anjing lalu dua dua pemuda dibawa kesebuah altar. Sebilah pisau yang berlumuran darah disentuhkan ke kening mereka dan mereka harus tertawa. Setelah itu darah dikening dibersihkan dengan kain wol yang dicelupkan kedalam susu. Kemudian mereka dibagi menjadi dua kelompok dan berlari kearah yang berlawanan mengelilingi bukit dan tembok kota Falatine. Mereka mencambuki wanita yang dijumpai guna mengembalikan kesuburannya. Namun para wanita itu dengan senang hati menerima cambukan tersebut. Pada masa pemerintahan Maharaja Constantin (280-337 M) baru upacara tersebut mendapat tambahan. Maharaja pertama yang memeluk agama Nasrani memberi peluang kepada gereja untuk memberi pengaruhnya. Acara tambahannya dimulai dengan puisi-puisi cinta yang disampaikan para gadis dan diletakkan dalam sebuah jambatan kemudian diambil oleh para pemuda. Setelah itu mereka berpasangan dan menari yang diakhiri dengan tidur bersama yang lengkap dengan penzinaannya. 

ii. Mengikut cerita kedua, Valentino adalah seorang paderi yang berjaya memurtadkan lebih sejuta umat Islam Sepanyol selepas kekalahan kerajaan Islam disana. Apabila Sepanyol berjaya ditawan oleh tentera Salib, umat Islam yang ditawan telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Pada ketika itulah Valentino memainkan peranannya dalam usaha memurtadkan umat Islam. Mereka telah diberi pilihan, diseksa dan dibunuh atau dibebaskan dengan syarat memeluk agama Kristian. Dalam masa yang sama, beliau telah jatuh cinta kepada seorang gadis Kristian yang bernama Isabella. Tetapi cinta mereka terhalang disebabkan seorang paderi tidak dibenarkan berkahwin mengikut ajaran Kristian kerana Nabi Isa a.s. sendiri tidak berkahwin.

            Oleh kerana cintanya kepada Isabella, Valentino telah membawa perkara ini kepada pihak atasan di Rome yang mana satu perbahasan telah dilakukan. Selepas itu pihak Pope telah mengeluarkan dikri dengan membenarkan paderi Valentino berkahwin dengan kekasihnya Isabella. Ini adalah perkara pertama dalam sejarah agama Kristian yang mana paderi Valentino adalah paderi pertama yang dibenarkan berkahwin. Kebenaran yang diberikan oleh pihak gereja kepada paderi Valentino kerana jasa-jasanya yang besar, iaitu memurtadkan umat Islam di Sepanyol. Beliau juga telah diangkat sebagai seorang Santo oleh pihak Vatican di Rome. 

Say No to Valentine's Day!

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Barang siapa yang meniru perbuatan suatu kaum, maka mereka adalah sebahagian dari kaum tersebut. (HR. Ahmad) 

Adakah anda sebahagian dari mereka?!!

Nauzubillah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan